Konflik Autonomi Khusus Papua dan Dampaknya Terhadap Hubungan Pusat dan Daerah di Indonesia

Muryantini, Sri (2013) Konflik Autonomi Khusus Papua dan Dampaknya Terhadap Hubungan Pusat dan Daerah di Indonesia. In: icosh 2012, 12 - 13 December 2013, FSSK, UKM, Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Paper Seminar ICOSH2012-Sri Muryantini.pdf]
Preview
Text
Paper Seminar ICOSH2012-Sri Muryantini.pdf

Download (271kB) | Preview

Abstract

Indonesia adalah negara kesatuan yang memperkenalkan autonomi khusus sejak tahun 1999. Dasar ini dituangkan dalam TAP MPR RI nombor IV tentang Garis-garis Besar Haluan Negara tahun 1999 – 2004 pada mesyuarat agung pertama 14 – 21 Oktober 1999. Namun masalahnya hingga pergantian kuasa daripada Presiden Abdurrahman Wahid hingga Presiden Susilo Bambang Yudhoyono masih terus dipertanyakan. Ini kerana pandangan orang-orang di kerajaan Indonesia berbeza dengan pandangan rakyat Papua. Pandangan orang pemerintahan, autonomi diertikan kewenangan untuk mengawal dan mengurus rumah tangga daerah, yang melekat pada negara kesatuan mahu pun pada negara federasi. Di negara kesatuan, autonomi daerah lebih terhad daripada di negara yang berbentuk federasi. Kewenangan mengawal dan mengurus rumah tangga daerah di negara kesatuan meliputi segenap kewenangan pemerintahan kecuali beberapa urusan yang dipegang oleh kerajaan pusat seperti hubungan antara bangsa, pengadilan, kewangan, pertahanan dan keselamatan. Sementara, pandangan rakyat Papua, autonomi bererti segala tuntutan-tuntutan yang memiliki aturan hukum, damai, dan dapat memecahkan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat Papua.

Tetapi hasil keputusan DPR RI yang berkaitan dengan autonomi khusus Papua ternyata menjejaskan kedudukan rakyat Papua sehingga menimbulkan keinginan mereka untuk merdeka. Dalam menyelesaikan masalah tersebut, beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan Indonesia di antaranya: (1) pemekaran Papua; (2) penetapan Majelis Rakyat Papua sebagai syarat terlaksananya autonomi khusus dan (3) pemberian dana pembangunan sesuai dengan UU autonomi khusus. Namun semua kebijakan yang dilakukan kerajaan pusat ini adakalanya juga menimbulkan konflik baharu (seperti pemekaran Papua yang telah memangsa korban rakyat Papua). Mengapa konflik di Papua belum terselesaikan walau pun pelbagai dasar telah diisytiharkan?

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Konflik, autonomi khusus, hubungan pusat – daerah, Papua, Indonesia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Law, Arts and Social Sciences > School of Humanities
Depositing User: Ph.D SRI MURYANTINI
Date Deposited: 03 Oct 2016 05:04
Last Modified: 03 Oct 2016 05:05
URI: http://eprints.upnyk.ac.id/id/eprint/7112

Actions (login required)

View Item View Item