Agussalim, Agussalim (2019) REKONSILIASI INDONESIA – TIMOR LESTE TERHADAP KES PELANGGARAN HAK ASASI MANUSIA PASCA REFERENDUM. Doctoral thesis, Universiti Utara Malaysia.
Text
DISERTASI AGUSSALIM_CETAK.pdf Restricted to Repository staff only Download (5MB) |
Abstract
Pemisahan Timor Leste dari Indonesia melalui referendum yang dipersetujui oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1999 tidak menyelesaikan sepenuhnya
isu pelanggaran hak asasi manusia. Dalam tempoh sebelum dan selepas pengumuman
hasil referendum tersebut, insiden pelanggaran hak asasi manusia telah dilaporkan
berleluasa di Timur Leste. Perbagai organisasi tempatan dan antarabangsa telah
mendesak pihak-pihak yang bersengketa untuk mengemukakan kes pelanggaran hak
asasi manusia di mahkamah antarabangsa untuk penyelesaian kehakiman. Walau
bagaimanapun, Indonesia dan Timor Leste dengan tegas mengabaikan desakan tersebut.
Sebaliknya, mereka bersepakat untuk menggunakan pendekatan politik bilateral dalam
menyelesaikan kes ini melalui penubuhan The Commission of Truth and Friendship
(CTF). Tidak seperti kebanyakan kajian ilmiah yang menggunakan perspektif undangundang dan pemulihan domestik dalam meneliti kes-kes pelanggaran hak asasi manusia
di Timor Leste, tesis ini berbeza dengan karya yang ada dengan mengemukakan sudut
pandangan politik berkenaan kes tersebut. Objektif tesis ini adalah untuk mengkaji
bagaimana organisasi antarabangsa dan badan bukan kerajaan (NGOs) menekan
Indonesia and Timor Leste untuk menyelesaikan kes-kes pelanggaran hak asasi manusia
di Timor Leste semasa tempoh sebelum dan sesudah referendum 1999. Ia juga
menyelidiki mekanisme dan pendekatan yang digunapakai oleh Indonesia dan Timor
Leste sebagai respon terhadap tuntutan antarabangsa dan tempatan. Tesis ini turut
meneliti alasan di sebalik kesediaan Indonesia dan Timor Leste untuk memilih jalan
penyelesaian politik bilateral untuk menyelesaikan kes pelanggaran hak asasi manusia,
serta reaksi masyarakat tempatan dan NGOs terhadap dasar tersebut. Untuk mencapai
objektif tersebut, tesis ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif, dengan kerangka
teori berdasarkan Neoklasikal Realisme. Meskipun Indonesia dan Timor Leste menolak
untuk merujuk kes ini ke badan kehakiman antarabangsa, Indonesia di peringkat
domestik telah menanggapi tekanan masyarakat antarabangsa dengan menubuhkan
Commission of Investigation of Human Rights Violations (KPP- HAM) dan Human
Rights Court ad hoc. Sementara Timor Leste membalas dengan menubuhkan
Commission for Reception, Truth and Reconciliation (CAVR), dan Hybrid Tribunal.
Berdasarkan hasil kajian, tesis ini menyumbang kepada pemikiran bahawa tanpa
penglibatan dan campur tangan dari negara-negara berkuasa, penegakan hak asasi
manusia di negara-negara tertentu tidak akan berkesan.
KATA KUNCI: Pelanggaran Hak Asasi Manusia, Referendum 1999, Neoklasikal
Realisme, Politik Bilateral, Indonesia, Timor Leste.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Pelanggaran Hak Asasi Manusia, Referendum 1999, Neoklasikal Realisme, Politik Bilateral, Indonesia, Timor Leste. Human Rights Violation, 1999 Referendum, Neoclassical Realism, Bilateral Politics, Indonesia, Timor Leste. |
Subjects: | J Political Science > JZ International relations |
Divisions: | Faculty of Law, Arts and Social Sciences > School of Social Sciences |
Depositing User: | MSi, Ph.D Agussalim Agussalim |
Date Deposited: | 17 Mar 2022 06:54 |
Last Modified: | 29 Nov 2022 06:33 |
URI: | http://eprints.upnyk.ac.id/id/eprint/29065 |
Actions (login required)
View Item |